ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 175. Membayar, mengambil atau menerima Zakat atau Fitrah menyalahi Undang-undang.

Barangsiapa membayar Zakat dan Fitrah kepada mana-mana orang bukan Amil atau barangsiapa jua yang bukan menjadi Amil memungut, mengambil atau menerima Zakat atau Fitrah adalah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya semua pungutan atau terimaan itu diserahkan kepada Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.