ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN IX-MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 113. Pengiktirafan mualaf sebagai orang Islam

(1) Seseorang yang telah memeluk agama Islam dan pemelukan agama Islam itu telah didaftarkan dalam Daftar Mualaf hendaklah, bagi maksud mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri, dan selama-Iamanya diperlakukan sebagai orang Islam.

(2) Seseorang yang pemeIukan agama Islam olehnya telah didaftarkan di bawah undang-undang mana-mana Negeri hendaklah, bagi semua maksud di Negeri Perlis dan bagi maksud penguatkuasaan peruntukan mana-mana undang-undang di Negeri Perlis, diperlakukan sebagai orang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.