ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 160. Rayuan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan.

(1) Kecuali dalam kes-kes yang disebut dalam subseksyen (3) dan seksyen 159, tiada rayuan boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan tetapi Mahkamah perbicaraan atau Mahkamah Rayuan Syariah boleh menggantung pelaksanaan mana-mana penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menanti rayuan atas apa-apa terma tentang jaminan bagi pembayaran apa-apa wang atau pelaksanaan atau ketaklaksanaan apa-apa perbuatan atau penjalanan mana-mana hukuman yang diperintahkan oleh atau dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman itu sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.

(2) Jika perayu kesudahannya dihukum dengan hukuman pemenjaraan, tempoh pelaksanaan hukuman itu digantung hendaklah ditolak semasa menghitung tempoh hukumannya melainkan jika Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan selainnya.

(3) Dalam kes sabitan yang melibatkan hukuman sebat—





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.