ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXVIII - WANG DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 202. Pembayaran keluar.

(1) Sebelum membuat apa-apa pembayaran keluar dari Mahkamah, bukti hendaklah diserahkan kepada Pendaftar bahawa seorang itu berhak menerima wang itu.

(2) Sebelum membuat apa-apa pembayaran keluar dari Mahkamah, Pendaftar hendaklah memastikan semua wang yang perlu dibayar kepada Kerajaan telah dibayar atau dipotong dari wang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.