ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
Bab VII - SAKSI-SAKSI



Seksyen 86. Bilangan saksi-saksi.

(1) Keterangan dalam kes zina yang membawa kepada hukuman hudud tidak boleh diterima kecuali ia disaksikan oleh empat orang lelaki.

(2) Dakwaan seorang yang dikenali sebagai seorang kaya bahawa dia telah menjadi papa tidak boleh diterima kecuali ianya disokong oleh tiga orang saksi lelaki.

Huraian
-

Pengakuan telah menjadi papa dalam pungutan zakat dan telah menjadi papa yang menggugurkan beban pembayaran hutang dan nafkah kaum kerabat dan isteri tidak boleh diterima kecuali disaksikan oleh tiga orang lelaki.

(3) Dalam perkara melihat anak bulan Ramadan keterangan seorang lelaki yang adil adalah layak diterima. Dan dalam melihat anak bulan Syawal keterangan dua orang lelaki yang adil adalah layak diterima.

(4) Keterangan seorang lelaki dalam keadaan-keadaan yang berikut :

(5) Keterangan seorang perempuan adalah layak diterima jika perlu kecuali di dalam kes-kes hudud.

MISALAN

Keterangan seorang perempuan yang menyusukan seorang bayi; seorang bidan dalam perkara haid, beranak, penyusuan dan keaiban perempuan adalah layak diterima.

(6) Di dalam perkara-perkara lain dari yang disebut di atas, hendaklah syahadah diberi oleh dua orang saksi-saksi lelaki atau seorang saksi lelaki dan dua orang saksi-saksi perempuan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.