ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN X - PELBAGAI



Seksyen 75. Kesilapan dan kecacatan dalam taksiran, notis dan dokumen-dokumen lain.

(1) Tiada apa-apa taksiran, notis atau lain-lain dokumen yang berupa sebagai dibuat atau dikeluarkan bagi maksud-maksud Enakmen ini boleh dibatalkan atau disifatkan tak sah atau boleh jadi tak sah kerana kekurangan bentuk, atau terjejas disebabkan apa-apa kekhilafan, kecacatan atau ketinggalan di dalamnya, jika pada isi dan natijahnya adalah menepati Enakmen ini atau mengikut maksud dan pengertian Enakmen ini dan -

(2) Suatu taksiran yang berupa sebagai dibuat atau dikeluarkan bagi maksud-maksud Enakmen ini tidaklah boleh dicabar atau terjejas semata-mata oleh sebab kekhilafan di dalamnya itu tentang-

dan suatu notis taksiran yang berupa sebagai dibuat atau dikeluarkan sedemikian tidaklah boleh dicabar atau terjejas oleh apa-apa kekhilafan seperti itu jika ianya disampaikan kepada orang yang berkenaan dengannya taksiran itu dibuat atau dicadang hendak dibuat mengandungi pada isi dan natijahnya butir-butir yang terkandung dalam taksiran itu.

(3) Walauapapun ada subseksyen (2), jika amaun zakat yang dikenakan mengikut sesuatu taksiran itu telah dihitung dengan salah dengan membuat rujukan kepada amaun pendapatan nisbah dan kadar zakat berkenaan yang terpakai baginya itu, amaun zakat yang dikenakan seperti ditunjukkan dalam taksiran dan notis taksiran itu boleh, jika Setiausaha mengarahkan sedemikian, dikira sebagai amaunnya zakat yang patut telah dikenakan jika ianya telah dihitung dengan betulnya.

(4) Suatu notis zakat yang kena dibayar berupa sebagai dikeluarkan bagi maksud-maksud Enakmen ini tidaklah boleh dicabar semata-mata oleh sebab sesuatu kekhilafan di dalamnya tentang nama orang yang bertanggungan membayar zakat kiranya notis itu disampaikan kepada orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.