ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 93. Pemeriksaan balas orang yang dipanggil supaya mengemukakan sesuatu dokumen.

Seseorang yang disaman supaya mengemukakan sesuatu dokumen tidaklah menjadi seorang saksi semata-mata oleh sebab dia mengemukakan dokumen itu, dan dia tidak boleh diperiksa balas melainkan jika dan sehingga dia dipanggil sebagai seorang saksi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.