ENAKMEN 8 TAHUN 1988
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988

BAHAGIAN VI - PELBAGAI



Seksyen 25. Kuasa untuk memasuki premis.

Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Nazir Sekolah Agama, seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada inspektor atau mana-mana orang yang diberi kuasa dengan sempurnanya secara bertulis oleh Pengarah Pendakwa boleh pada setiap masa yang munasabah, masuk ke dalam mana-mana premis Sekolah Islam bagi maksud menjalankan mana-mana kuasa pemeriksaan penyiasatan atau selainnya memastikan yang sekolah itu ditadbirkan dengan sepatutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.