ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB VIII
Darihal Aduan kepada Hakim



Seksyen 75. Penangguhan pengeluaran proses Mahkamah.

Jika Hakim ada keraguan yang munasabah di atas kebenaran sesuatu aduan mengenai suatu kesalahan yang dia berkuasa mengambil ketahui, dia boleh apabila pengaduan itu telah diperiksa mencatatkan sebabnya yang menimbulkan keraguan di atas kebenaran aduan itu dan kemudiannya boleh menangguhkan pengeluaran proses Mahkamah bagi memaksa kehadiran orang yang diadukan itu dan sama ada menyiasat hal itu sendiri atau mengarah seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama membuat siasatan bagi maksud menentukan kebenaran atau kepalsuan aduan itu dan melaporkan kepadanya hasil siasatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.