ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 112. Menyemak ingatan.

(1) (1) Seseorang saksi boleh semasa dalam pemeriksaan menyemak ingatannya dengan merujuk kepada apa-apa tulisan yang telah dibuat olehnya sendiri pada masa kejadiannya yang berkenaan dengannya dia disoal itu atau pada masa yang tidak sebegitu lama kemudiannya yang difikirkan oleh Mahkamah mungkin bahawa yang kejadian itu masih nyata pada masa itu dalam ingatannya.

(2) Saksi itu boleh juga merujuk kepada mana-mana tulisan yang seumpama itu yang telah dibuat oleh mana-mana orang lain dan yang telah dibaca oleh saksi itu dalam masa tersebut itu, jika, apabila dibacanya, dia ketahui tulisan itu sebagai betul.

(3) Apabila saksi itu boleh menyemak ingatannya dengan merujuk kepada sesuatu dokumen, maka dia bolehlah dengan kebenaran Mahkamah, merujuk kepada sesuatu salinan dokumen itu:

Dengan syarat Mahkamah puashati bahawa ada sebab-sebab yang cukup mengapa naskhah asalnya tidak dikemukakan.

(4) Seseorang pakar boleh menyemak ingatannya dengan merujuk kepada buku-buku ilmiah profesional.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.