ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 1985

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 132. Dengan sengaja cuai mematuhi perintah.

Tanpa menyentuh hak seseorang yang ada mempunyai kepentingan di bawah sesuatu perintah nafkah yang dibuat di bawah Enakmen ini untuk menguatkuasakannya di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain, Mahkamah yang membuat perintah itu boleh, jika perintah nafkah itu dengan sengaja tidak dipatuhi, mengarahkan supaya jumlah yang kena dibayar itu dilevi mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi melevikan denda-denda yang dikenakan oleh Mahkamah itu, atau boleh menjatuhkan hukuman penjara ke atas orang yang sengaja cuai mematuhi perintah itu selama tempoh jika perintah nafkah itu selama tempoh tidak lebih daripada satu bulan bagi tiap-tiap bulan nafkah masih belum dibayar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.