ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXV - PROSIDING BANTAHAN



Seksyen 193. Prosedur.

(1) Pemohon hendaklah memfailkan dalam Mahkamah suatu permohonan dalam Borang 31.

(2) Jika pemohon telah didakwa, permohonan itu hendaklah difail dalam tempoh lima hari selepas penyampaian saman.

(3) Suatu salinan permohonan hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap orang (termasuk mana-mana plaintif dalam tindakan terhadap pemohon) yang dipercayai oleh pemohon sebagai pihak menuntut.

(4) Tiap-tiap pihak menuntut yang telah disampaikan dengan saman, kecuali plaintif dalam tindakan terhadap pemohon, hendaklah sebelum perbicaraan memfail satu notis bahawa ia tidak membuat apa-apa tuntutan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.