ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
Bab III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 13. Memeriksa orang yang berada dalam mana-mana tempat yang digeledah dengan waran.

Apabila penggeledahan ke atas apa-apa benda dijalankan dengan sah di mana-mana tempat berkenaan dengan satu-satu kesalahan, semua orang yang berada di dalam tempat itu bolehlah ditahan dengan sah sehingga habis penggeledahan itu, dan jika barang yang dicari itu adalah satu bentuk yang boleh disembunyikan pada badan orang itu, maka mereka bolehlah diperiksa untuk mencari barang itu di hadapan Kadi atau Pegawai Polis yang tidak rendah pangkatnya daripada Inspektor.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.