ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Proses untuk Memaksa Kehadiran - Kes Mal



Seksyen 89. Hal-hal istimewa.

(1) Apabila seseorang yang hilang daya upaya di sisi undang-undang hendak diserah suratan ke atasnya, penyerahan hendaklah dibuat ke atas jawatankuasanya, jika ada, atau jika tiada jawatankuasanya, ke atas orang yang bersamanya dia tinggal atau orang yang menjaganya.

(2) Mahkamah boleh membuat perintah bahawa serahan ke atas orang yang hilang daya upaya di sisi undang-undang adalah dianggap sebagai serahan yang sah.

(3) Seseorang di dalam penjara adalah dianggap sebagai telah diserah jika serahan dibuat ke atas pegawai yang menjaga penjara , yang hendaklah menyampaikan prosiding itu kepada orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.