ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXXI - PENGHINAAN MAHKAMAH



Seksyen 237. Notis menunjuk sebab.

(1) Jikalau penghinaan itu dilakukan di hadapan Mahkamah, Mahkamah tidak perlu memberi notis kepada pesalah itu tetapi Mahkamah hendaklah menentukan bahawa pesalah itu faham maksud kesalahan yang ditohmahkan terhadapnya dan diberi peluang untuk membela dirinya dan Mahkamah hendaklah membuat catatan yang teratur mengenai pembicaraan itu.

(2) Dalam hal kes penghinaan Mahkamah yang lain, notis menunjuk sebab mengapa pesalah tidak dipenjarakan di penjara mal atau didenda hendaklah disampaikan kepada pesalah sendiri.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.