ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 25. Hak mempertahankan diri terhadap seseorang yang tidak sempurna akal.


Apabila suatu perbuatan yang boleh menjadi sesuatu kesalahan itu oleh sebab orang yang melakukan perbuatan itu belum cukup umur, belum cukup akal, tidak sempurna akal, mabuk ataupun oleh sebab ia salah faham, maka tiap-tiap orang ada hak mempertahankan dirinya terhadap perbuatan itu sama seperti ia ada hak sekiranya perbuatan itu boleh menjadi kesalahan itu.

MISALAN

Z, oleh sebab gilanya, membunuh A. Z, tidaklah melakukan apa-apa kesalahan. Tetapi A, ada haknya mempertahankan diri sama seperti ia ada hak sekiranya Z tak gila.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.