ENAKMEN 6 TAHUN 1985
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

"bermastautin" ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya tinggal di tempat kediaman secara tetap dalam kawasan tertentu;

"Kadi" ertinya seseorang Kadi yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan termasuk Kadi Besar;

"Kadi Besar" ertinya Kadi Besar bagi Negeri Melaka yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;

"Kerajaan" ertinya Kerajaan Negeri Melaka;

"Mahkamah" ertinya Mahkamah Kadi Daerah, Mahkamah Kadi Besar dan termasuklah Mahkamah Rayuan Syariah;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Negeri Melaka;

"Mufti" ertinya Mufti Kerajaan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;

"Negeri" ertinya Negeri Melaka;

"Peguam" ertinya seseorang Peguam Syarie atau mana-mana peguambela dan peguamcara yang mempunyai Sijil Amalan yang dikeluarkan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan termasuk mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Akta Bantuan Guaman 1971;

"Peguam Syarie" ertinya seorang Peguam yang telah diberi surat kuasa oleh Kadi Besar;

"Pendakwa" ertinya Pendakwa Syarie yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan termasuk Timbalan Pendakwa Syarie;

"Pemeriksa Agama" ertinya Pemeriksa Agama yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan termasuk Ketua Pemeriksa Agama, Penolong Pemeriksa Agama dan Pembantu Pemeriksa Agama.

(2) Semua perkataan, perbahasaan, takrifan dan rangkaikata yang digunakan di dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan dengan tertentu maka takrifan dalam Ordinan Tafsiran dan Klausa-Klausa Am 1948 [Ordinan 7/48] hendaklah dipakai.

(3) Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain apa-apa rujukan dalam Enakmen ini mengenai sesuatu Bahagian atau Seksyen tertentu hendaklah diertikan kepada Bahagian atau Seksyen tertentu dalam Enakmen ini.

(4) Jika timbul sebarang persoalan atau pertikaian dalam mentafsir sesuatu perkataan, perbahasaan atau rangkaikata mengenai Hukum Syarak maka adalah dalam bidangkuasa Mahkamah yang membicarakan kes itu untuk memberi takrifan kepada perkataan, perbahasaan atau rangkaikata sedemikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.