ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 79. Beban membuktikan kematian orang yang diketahui masih hidup dalam masa 30 tahun dahulunya.

Tertakluk kepada mana-mana peruntukan undang-undang bertulis lain, apabila soalnya ialah sama ada seseorang masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan ada bahawa orang itu masih hidup dalam masa tiga puluh tahun, maka beban membuktikan bahawa dia telah mati adalah terletak atas orang yang menegaskannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.