ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 78. Bentuk Pertuduhan.


(1) Tiap-tiap pertuduhan di bawah Enakmen ini hendaklah menyatakan kesalahan orang yang dituduh itu dipertuduhkan.

(2) Jikalau undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu memberi nama tertentu kepadanya maka kesalahan itu boleh dinyatakan dalam pertuduhan itu dengan nama itu sahaja.

(3) Jikalau undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu hendaklah dinyatakan dengan jelas sehingga dapat memberi pengertian kepada orang yang dituduh berkenaan perkara yang di pertuduhkan.

(4) Undang-undang dan seksyen undang-undang tentang kesalahan yang dilakukan itu hendaklah disebutkan dalam pertuduhan itu.

(5) Nyataan mengenai pertuduhan itu dibuat adalah bersamaan dengan suatu kenyataan bahawa tiap-tiap syarat yang dikehendaki mengikut Undang-undang bagi mengujudkan kesalahan yang dituduh itu telah dipenuhi dalam kes tertentu.

(6) Jikalau orang yang dituduh itu dahulunya telah disabitkan dengan mana-mana kesalahan dan sabitan yang dahulu itu hendaklah dibuktikan bagi menambahkan bagi hukuman yang lebih berat yang mana Mahkamah kuasa menghukum, maka nyataan, tarikh dan tempat sabitan yang dahulu itu hendaklah dinyatakan dalam pertuduhan itu, jika kenyataan itu tidak dinyatakan Mahkamah bolehlah menambah pada bila-bila masa sebelum hukuman dijatuhkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.