ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN IX - KESALAHAN DAN PENALTI



Seksyen 58. Kegagalan memberi penyata atau memberi notis tentang pengenaan zakat.

(1) Mana-mana orang yang melakukan keingkaran dalam memberikan penyata mengikut seksyen 26(1) atau dalam memberikan notis mengikut seksyen 26(2) atau (3) adalah, jika dia melakukan sedemikian tanpa sebab yang munasabah, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Dalam apa-apa pendakwaan di bawah subseksyen (1) beban membuktikan bahawa suatu penyata telah dibuat atau suatu notis telah diberikan hendaklah terletak ke atas orang tertuduh.

(3) Jika berhubung dengan sesuatu tahun taksiran seseorang melakukan keingkaran dalam memberikan penyata mengikut seksyen 26(1) atau dalam memberikan notis mengikut seksyen 26(2) atau (3) dan apabila pendakwaan di bawah subseksyen (1) dimulakan berhubungan dengan keingkaran itu -





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.