ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 190. Laporan orang yang tertentu.

(1) Mana-mana dokumen yang dikatakan sebagai laporan yang dibuat di bawah tandatangan mana-mana orang yang disebut di dalam subseksyen (2) mengenai mana-mana orang, perkara atau benda yang telah diperiksa atau dianalisakan olehnya atau mana-mana dokumen yang dikatakan sebagai laporan dibuat di bawah tandatangan Pendaftar Penjenayah di atas mana-mana perkara atau benda yang berhubung dengan cap jari yang telah diserahkan kepadanya untuk dibuat laporannya boleh diberi sebagai keterangan di dalam mana-mana perbicaraan atau tindakan lain di bawah Enakmen ini kecuali jika orang tersebut atau pendaftar itu dikehendaki hadir sebagai seorang saksi -

Dengan syarat bahawa di dalam mana-mana kes di mana Pendakwa Syarie hendak memberi sebagai keterangan mana-mana laporan tersebut ia hendaklah menghantarkan satu salinan laporan itu kepada orang yang dituduh tidak kurang dari sepuluh hari sebelum perbicaraan dimulakan.

(2) Berikut adalah orang-orang kepada siapa peruntukan seksyen ini dipakai:


(3) Orang yang dirujukkan di dalam subseksyen (2) dan Pendaftar Penjenayah adalah terikat di bawah Enakmen ini menyatakan yang benar di dalam laporan yang dibuat di bawah tandatangan mereka.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.