ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXXV - PERUNTUKAN AM



Seksyen 252. Sijil pakar.

(1) Di dalam mana-mana prosiding Mahkamah boleh, jika ia fikirkan patut, menerima keterangan dan bertindak atas perakuan mana-mana akauntan, actuari, jurubina atau botanis, ahli kimia, jurutera, pegawai perubatan, jurukur atau lain-lain sainstis atau pakar, dan boleh menerima sebagai keterangan apa-apa akaun, analisa, pelan, rajah atau dokumen berkaitan dengan dan dicamkan oleh perakuan itu. Apabila menerima keterangan itu Mahkamah hendaklah memaklumkan kepada pihak-pihak mengenai haknya memeriksa balas di bawah seksyen kecil (2).

(2) Mana-mana pihak yang bonafide ingin memeriksa balas apa-apa perkara sedemikian hendaklah diberi peluang untuk memeriksa balas sedemikian tetapi selepas daripada itu boleh diarah untuk membayar apa-apa kos yang berkaitan dengan pemeriksaan-balas itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.