ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 23. Kesalahan yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie.

Apabila apa-apa kesalahan dilakukan di hadapan seorang Hakim Syarie di dalam had tempatan bidang kuasanya maka dia sendiri boleh menangkap atau memberikuasa kepada mana-mana orang supaya menangkap pesalah itu, dan boleh sesudah itu, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Kanun ini mengenai jaminan, meletakkan pesalah itu di dalam tahanan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.