ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
Bab VIII - PEMERIKSAAN SAKSI-SAKSI



Seksyen 96. Penafian ke atas saksi-saksi.

Apabila pihak kena tuntut atau kena dakwa telah menafikan (ta'n) ke atas saksi sama ada sebelum atau selepas membuat pemeriksaan dengan mengemukakan sesuatu yang menghalang penerimaan keterangan, Kadi hendaklah memintanya memberi keterangan.

Huraian
-

Apabila pihak kena tuntut atau pihak kena dakwa membuktikan yang ia kata dengan keterangan, Kadi hendaklah menolak keterangan saksi tersebut. Sebaliknya jika pihak kena tuntut atau pihak kena dakwa gagal membuktikan apa yang ia kata, Kadi hendaklah meneruskan pemeriksaannya jika ia belum berbuat demikian dan memberi keputusan mengikut keterangan saksi-saksi jika ia telah membuat pemeriksaan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.