ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 2 - PENGUATKUASAAN



Seksyen 152. Kuasa Mahkamah untuk menetapkan masa.

(1) Walaupun sesuatu penghakiman atau perintah yang menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, membuat perintah yang menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2) Jika sesuatu penghakiman atau perintah yang menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan tidak menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat suatu perintah kemudiannya yang menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam perintah itu.

(3) Permohonan untuk mendapatkan suatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam Borang MS 34 dan salinan permohonan itu hendaklah, walau apa pun apa-apa peruntukan lain Enakmen ini, disampaikan kepada orang yang dikehendaki melakukan perbuatan yang berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.