ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 1985
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN
Seksyen 45. Takat kuasa untuk membuat sesuatu perintah.
Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkan Mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan talaq kecuali -
(
a
) jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini;
(
b
)
jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum Syara'; dan
(
c
)
jika pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan itu diserahkan adalah dalam Negeri Pulau Pinang.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.