ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002

BAHAGIAN VII - PELBAGAI



Seksyen 39. Pemansuhan.

(1) Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Melaka 1988 [Enakmen No. 2 Tahun 1988] dimansuhkan.

(2) Semua pelantikan, kaedah, pengecualian, arahan dan perintah yang dibuat, semua daftar yang disimpan dan semua perakuan atau sijil yang diberikan atau mempunyai kuat kuasa di bawah undang-undang atau perintah yang dimansuhkan oleh seksyen ini dan berkuat kuasa atau mempunyai kuat kuasa pada tarikh Enakmen ini mula berkuat kuasa hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kuat kuasa seolah-olah ia telah dibuat, disimpan atau diberikan di bawah Enakmen ini, sehingga diperuntukkan selainnya di bawah Enakmen ini.


Diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 29 April 2002.

[JAIM/6/04/26; PUN(M)353/46/31]

MAKMUN BIN HJ. MD. SABARI,
Setiausaha,
Dewan Undangan Negeri,
Melaka




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.