ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
IQRAR



Seksyen 17. Takrif iqrar.

(1) Iqrar ialah suatu pernyataan, lisan atau dokumen atau isyarat, dibuat oleh seorang bahawa dia mempunyai obligasi kepada seorang yang lain mengenai sesuatu hak, dan yang dibuat oleh mana-mana orang dan di dalam mana-mana hal keadaan yang disebutkan kemudian daripada ini.

(2)
Iqrar yang dibuat di luar Mahkamah hanya boleh diterima jika dibuat di hadapan dua orang saksi adil.

(3)
Iqrar oleh ejen kepada suatu pihak dalam prosiding bagi pihak orang yang dibuat di hadapan Hakim Syariah hendaklah diterima.

(4)
Iqrar dalam kes penzinaan hendaklah diterima jika dibuat di hadapan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.