ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 141. Wang dan harta dalam Mahkamah.

Wang atau harta lain kepunyaan penghutang penghakiman yang tersimpan dalam Mahkamah yang memberi hukuman itu boleh, jika suatu perintah untuk perlaksanaan telah dibuat, digunakan dengan izin Mahkamah untuk menjelaskan hutang-hukuman itu. Lain-lain harta selain daripada wang boleh untuk tujuan tersebut diperintah supaya dijual.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.