ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 56. Pendaftaran perceraian di luar Mahkamah.

(1) Walau apapun peruntukan yang terkandung dalam seksyen 47, seorang lelaki yang telah menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah hendaklah dalam masa tujuh hari dari talaq itu dilafazkan melaporkan lafaz talaq itu kepada Mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah mengadakan perbicaraan untuk memastikan bahawa talaq itu telah dilafazkan dengan sah mengikut Hukum Syarak.

(3) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa talaq itu telah dilafazkan dengan sah mengikut Hukum Syarak, Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada seksyen 57 membuat perintah mengesahkan perceraian talaq itu. Mahkamah hendaklah merekodkan perceraian itu dan menghantarkan satu salinan yang diperakui sah kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.