ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXVI - PENTADBIR WASIAT DAN PENTADBIR HARTA PUSAKA



Seksyen 193. Penghakiman terhadap harta pusaka yang diterima kemudian.

Apabila suatu penghakiman itu perlu dilaksanakan dari harta si mati yang mungkin diterima oleh pentadbir wasiat atau pentadbir harta pusaka pada masa hadapan yang perlu ditadbirkan olehnya, perintah perlaksanaan tidak boleh dikeluarkan tanpa izin Mahkamah dan notis permohonan perintah itu hendaklah disampaikan kepada pentadbir wasiat atau pentadbir harta pusaka. Jika penyalahgunaan dikatakan berlaku semenjak tarikh hukuman itu, perlaksanaan boleh diperintahkan terhadap pentadbir wasiat atau pentadbir harta pusaka setakat penyalahgunaan dan kos itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.