ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991
BAHAGIAN XVII - PERBICARAAN
Seksyen 115. Ketidakhadiran pihak.
(1) Jika pada hari pembicaraan-
(a)
pihak-pihak tidak hadir, kes itu boleh dibuang;
(b)
defenden tidak hadir Mahkamah boleh (setelah dibuktikan penyampaian saman disempurnakan mengikut Hukum
Syara'
)
membicara dan memutuskan kes itu semasa ketidakhadirannya:
Dengan syarat plaintif hendaklah mengangkat sumpah (
Yamin Istizhar
); atau
(c)
plaintif tidak hadir, tuntutan boleh dibuang dan Mahkamah boleh membicarakan dan memutuskan mana-mana tuntutan balas jika ada.
(2) Mahkamah boleh mengikut budibicaranya dalam mana-mana kes tersebut memerintahkan penangguhan.
(3) Jika terdapat lebih dari satu plaintif atau defendan dan seorang sahaja hadir, Mahkamah boleh membicarakan tindakan itu terhadap pihak yang hadir.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.