ENAKMEN 6 TAHUN 1993
ENAKMEN ZAKAT DAN FITRAH 1993

BAHAGIAN VII - PEMUNGUTAN DAN KEDAPATAN BALIK ZAKAT



Seksyen 49. Pembayaran zakat.

(1) Tertakluk kepada seksyen ini, zakat yang kena dibayar di bawah suatu taksiran atau taksiran komposit hendaklah sebaik sahaja notis taksiran atau taksiran komposit disampaikan kepada orang yang ditaksirkan itu kena dibayar di tempat dan dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, sama ada atau tidak orang itu merayu terhadap taksiran atau taksiran komposit itu, mengikut mana yang berkenaan.

(2) Tertakluk kepada seksyen ini, jika zakat yang kena dibayar di bawah taksiran itu ditambah atas rayuan, zakat tambahan yang kena dibayar menurut taksiran tambahan itu hendaklah sebaik sahaja notis taksiran tambahan naik itu disampaikan kepada orang yang ditaksirkan itu kena dibayar di tempat dan dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, sama ada atau tidak orang itu membuat apa-apa rayuan terhadap taksiran tambahan itu.

(3) Jika apa-apa zakat adalah kena dibayar mengikut subseksyen (1) atau (2), Setiausaha boleh membenarkan zakat itu dibayar secara ansuran sebanyak dan pada tarikh yang ditentukan olehnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.