ORDINAN 46 TAHUN 2001
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2001

BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI



Seksyen 27. Memberikan keterangan, maklumat atau pernyataan palsu .

(1) Mana-mana orang yang memberikan keterangan palsu atau memalsukan keterangan bagi maksud ia digunakan dalam apa-apa peringkat dalam sesuatu prosiding kehakiman di Mahkamah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh kenakan denda tidak melebihi tiga ribu atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Ordinan ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan agama Islam, memberikan apa-apa maklumat berhubungan dengan kesalahan itu yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.