ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAl PERBICARAAN



Seksyen 99. Pendakwa boleh berhenti daripada mendakwa selanjutnya pada mana-mana peringkat.

(1) Pada mana-mana peringkat apa-apa perbicaraan di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah, sebelum diberi penghakiman, pegawai yang menjalankan pendakwaan boleh, jika dia fikirkan patut, memberitahu Mahkamah bahawa dia tidak bercadang untuk mendakwa selanjutnya tertuduh itu atas pertuduhan itu, dan oleh yang demikian semua prosiding atas pertuduhan itu terhadap tertuduh itu bolehlah diberhentikan dengan kebenaran Mahkamah, dan jika diberhentikan sedemikian, tertuduh itu hendaklah dilepaskan daripada pertuduhan itu.

(2) Pelepasan sedemikian tidaklah terjumlah kepada suatu pembebasan melainkan jika Mahkamah mengarahkan demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.