ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB IX - PERTUDUHAN



Seksyen 92. Bila fakta yang dibuktikan merupakan kesalahan lain yang kurang serius.

(1) Jika seseorang itu dipertuduhkan dengan suatu kesalahan yang mengandungi beberapa fakta, di mana satu percampuran daripada beberapa fakta sahaja menjadikan satu kesalahan yang kurang serius, dan percampuran itu dibuktikan tetapi fakta-fakta yang tertinggal itu tidak dapat dibuktikan, ia boleh disabitkan atas kesalahan yang kurang serius itu walaupun ia tidak dipertuduhkan atas kesalahan itu.

(2) Jika seseorang dituduh atas suatu kesalahan dan fakta yang dibuktikan menunjukkan kesalahan yang kurang serius yang dibuktikan, ia boleh disabitkan atas kesalahan yang kurang serius itu walaupun ia tidak dipertuduhkan atas kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.