ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Seksyen 108. Pengiktirafan perkahwinan-perkahwinan yang dilakukan di Kedutaan-kedutaan dsb., di Negeri Perlis.
(1) Sesuatu perkahwinan orang Islam yang bukan warganegara Malaysia yang dilakukan di sesuatu Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul negara asing di Negeri Perlis hendaklah diiktiraf sebagai sah bagi segala maksud Enakmen ini jika-
(a)
perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang syarak negara Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu, atau mengikut cara yang dibenarkan di bawah Enakmen ini;
(b)
tiap-tiap satu pihak itu ada mempunyai, pada masa perkahwinannya itu, keupayaan berkahwin di bawah undang-undang syarak tempat bermastautinnya; dan
(c)
jika salah satu pihak itu adalah seorang pemastautin di Negeri Perlis, kedua-dua pihak ada mempunyai keupayaan berkahwin mengikut Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.