ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN



Seksyen 53. Pembelaan.

(1) Jika defendan menafikan tanggungannya seluruh atau sebahagian dari tuntutan defendan itu bolehlah-
(2) Jika defendan hadir di Mahkamah dan menafikan tuntutan plaintif, Mahkamah boleh mengarahkan menyampaikan suatu pembelaan dalam tempoh masa yang diarahkan oleh Mahkamah dan mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan perlu.

(3) Jika defendan tidak menyerahkan pembelaannya secara bertulis pada mula-mula ia hadir di Mahkamah dan tidak mahu berbuat demikian tetapi ia ingin menjawab tuntutan itu, maka Mahkamah hendaklah menyelidik dengan menyoal alasan-alasan pembelaannya dan ia tidak boleh membawa alasan-alasan yang lain dengan tiada kebenaran Mahkamah.

(4) Sesuatu pembelaan boleh dikemukakan dalam Borang 6 yang ditetapkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.