ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - MEMPASTIKAN KEBENARAN KETERANGAN SAKSI



Seksyen 129. Bila saksi boleh diminta bersumpah.

Apabila keadaan memerlukan atau pemeriksaan saksi sukar dilaksanakan atau defendan atau tertuduh membuat permohonan meminta Hakim memerintahkan saksi supaya bersumpah sebagai saksi yang bercakap benar kerana terdapat keperluan untuk memperteguhkan keterangannya, Hakim bolehlah mengarahkan saksi tersebut mengangkat sumpah dan Hakim bolehlah memberi ingatan kepada mereka itu bahawa jika mereka tidak bersumpah keterangan mereka tidak akan diterima.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.