ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Seksyen 13. Qarinah apabila hak atau 'urf dipersoalkan.
Jika soalnya ialah tentang wujudnya sesuatu hak atau
'urf
maka fakta yang berikut adalah
qarinah
-
(
a
) apa-apa transaksi yang oleh sebabnya hak atau
'urf
yang dalam persoalan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuai, diiktiraf, ditegaskan atau dinafikan atau yang tak konsistent dengan kewujudannya;
(
b
) hal-hal tertentu dalam mana hak atau
'urf
itu telah dituntut, diiktiraf atau dijalankan atau dalam mana penjalanan hak atau
'urf
itu telah dipertikaikan, ditegaskan atau disimpangkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.