ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001


JADUAL KEDUA
(Subseksyen 7 (2))

PROSIDING YANG HENDAKLAH DIMULAKAN
DENGAN PERMOHONAN

Perkara-perkara yang berhubungan dengan undang-undang diri dan keluarga seperi yang berikut:
Perintah bagi pendaftaran perkahwinan yang dilangsungkan berlawanan dengan undang-undang.

Anggapan kematian.

Perlantikan penjaga harta seseorang orang belum dewasa.

Perintah bagi penjagaan bersama harta seseorang orang belum dewasa.

Perintah bagi pengubahan kuasa penjaga harta seseorang orang belum dewasa.

Perintah bagi pemecatan penjaga harta seseorang orang belum dewasa.

Kebenaran bagi pelupusan harta seseorang orang belum dewasa.

Kebenaran untuk menyara seseorang orang belum dewasa daripada pendapatan hartanya.

Perintah bagi penggunaan harta modal untuk menyara seseorang orang belum dewasa.

Perintah larangan yang berhubungan dengan harta seseorang orang belum dewasa.

Injuksi yang menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia.

Perintah untuk mengetepikan, dan injuksi yang menghalang, pelupusan harta untuk mengecewakan tuntutan nafkah.

Injuksi terhadap perkosaan oleh suami atau isteri atau bekas suami atau isteri.

Pengiktirafan perkahwinan yang diijabkabulkan di luar Negeri Terengganu (Pengakuanterimaan paterniti)

Pengesahan pengakuterimaan paterniti oleh perempuan dalam 'eddah (Pembahagian harta pusaka).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.