ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 146. Prosedur pada masa pembicaraan.


(1) Apabila rayuan hendaklah dimulakan untuk pembicaraan pihak merayu, jika hadir, hendaklah didengar terlebih dahulu untuk menyokong rayuan, kemudian pihak menentang, jika hadir, hendaklah didengar terhadapnya, dan pihak merayu hendaklah diberi hak menjawab.

(2) Jika pihak merayu hadir untuk menyokong rayuannya Mahkamah bolehlah menimbangkan rayuan dan bolehlah membuat perintah sebagaimana ia fikir patut:

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh menolak untuk mempertimbangkan rayuan atau membuat apa-apa perintah berkanun dengan kes dimana pihak merayu berada diluar bidangkuasa Mahkamah atau dia tidak menghadirkan dirinya sendiri hadapan Mahkamah menurut satu syarat yang dikenakan apabila dia dibenarkan jaminan, kecuali atas syarat-syarat sebagaimana yang difikir patut dikenakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.