ORDINAN 6 TAHUN 1991
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

BAHAGIAN II - KESALAHAN



Seksyen 9. Berkelakuan sumbang.

(1) Seseorang yang berkelakuan sumbang dengan seorang perempuan atau seorang lelaki yang dia ditegah berkahwin dengan tegahan "muabbad" yang mengikut Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

(2) Seseorang yang berkelakuan sumbang dengan seorang perempuan atau seorang lelaki yang dia ditegah berkahwin dengan tegahan "rairu muabbad" mengikut Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.