ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 11. Memeriksa orang yang berada dalam tempat yang digeledah menurut waran.

Apabila penggeledahan untuk mencari apa-apa benda dibuat atau akan dibuat dengan sah di mana-mana tempat berkenaan dengan apa-apa kesalahan, semua orang yang dijumpai di dalam tempat itu boleh ditahan dengan sah sehingga penggeledahan itu selesai, dan, jika benda yang dicari itu adalah daripada jenis yang boleh disembunyikan pada tubuh badan seseorang, mereka boleh diperiksa untuk mencari benda itu oleh atau di hadapan Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.