ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002
BAHAGIAN V - NAZIR SEKOLAH AGAMA ISLAM
Seksyen 19. Pelantikan Nazir Sekolah.
(1) Majlis boleh melantik apa-apa bilangan Nazir Sekolah Agama Islam sebagaimana yang diperlukan bagi maksud Enakmen ini.
(2) Seseorang Nazir Sekolah hendaklah —
(a)
menjalankan dari semasa ke semasa pemeriksaan ke atas sekolah-sekolah agama tentang pengajaran kurikulum yang dibenarkan, penggunaan buku-buku teks, guru-guru yang diambil bekerja dan pematuhan wajar Enakmen ini atau arahan-arahan Pendaftar;
(b)
menjalankan penyiasatan ke atas mana-mana sekolah agama berhubung dengan apa-apa perkara yang dibenarkan oleh Pendaftar;
(c)
memeriksa Akaun Sekolah Agama;
(d)
melaporkan tentang apa-apa perkara luar aturan dan untuk membuat apa-apa cadangan yang perlu kepada Pendaftar; dan
(e)
melaksanakan apa-apa kewajipan yang diarahkan oleh Pendaftar dari semasa ke semasa.
(3) Semua Nazir Sekolah yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Pendaftar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.