ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 4 - PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN HARTA ALIH YANG LAIN DAN UNTUK PENEMUAN ORANG YANG DIKURUNG DENGAN SALAH.
Waran Geledah



Seksyen 48. Geledah bagi orang yang dikurung dengan salah.

Jika mana-mana Hakim mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang telah dikurung dalam hal keadaan yang mana pengurungan itu terjumlah kepada suatu kesalahan, dia bolehlah mengeluarkan waran geledah, dan orang yang kepadanya waran itu diarahkan bolehlah menggeledah untuk mencari orang yang dikurung itu; geledah tersebut hendaklah dibuat sebagaimana yang ditetapkan dalam waran dan orang itu, jika dijumpai, hendaklah dibawa ke hadapan Hakim dengan serta-merta dan dia akan membuat perintah yang difikirkan patut mengikut hal keadaan kes.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.