ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - HUKUMAN DAN PELAKSANAAN



Seksyen 125. Hukuman sebat.

(1) Peruntukan-peruntukan seksyen ini dan seksyen 126 hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukumkan dengan hukuman sebat.

(2) Alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya, hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

(3) Peruntukan berikut hendaklah diikuti bagi melaksanakan hukuman sebat, iaitu-
(4) Dalam hal di mana seseorang pesalah dijatuhkan hukuman sebat sahaja, dia hendaklah diperlakukan seperti dia dikenakan hukuman penjara, sehinggalah pelaksanaan hukuman itu selesai.

(5) Jika Pegawai Perubatan Kerajaan mengesahkan bahawa, pesalah itu, kerana umur tua, uzur, atau sebab-sebab lain tidak boleh menjalani keseluruhan atau sebahagian daripada hukuman sebat itu, kes itu hendaklah dirujukkan kepada Mahkamah yang boleh memerintahkan pelaksanaan hukuman itu mengikut cara mana yang ia fikirkan munasabah.

Huraian-Umur tua bererti mana-mana orang yang telah mencapai umur lima puluh tahun ke atas.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.