ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006
BAHAGIAN II-MAJLIS
Seksyen 13. Pembatalan pelantikan
Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota Majlis jika-
(a) kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugas-tugasnya sebagai anggota atau selainnya, adalah kelakuan yang memburukkan nama Majlis;
(b) dia telah menjadi tidak berupaya untuk menjalankan tugas-tugasnya dengan sempurna sebagai anggota;
(c) tanpa apa-apa alasan yang mencukupi pada pendapat Pengerusi, dia telah tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis secara berturut-turut;
(d) dia telah bertindak bertentangan dengan kepentingan Majlis; atau
(e)
dia diisytiharkan bankrap.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.