ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XX - PEMBAHAGIAN KADAR



Seksyen 159. Cara mendapat perintah tahanan kemudian dsb.

(1) Apa-apa harta yang ditahan melalui perintah perlaksanaan oleh mana-mana mahkamah sama ada telah diambil dan diletak di dalam jagaannya atau sebaliknya hendaklah dianggap sebagai telah dirampas oleh Mahkamah dan hendaklah seterusnya tidak boleh dirampas oleh orang lain tetapi jika perintah atau waran tahanan atau rampasan telah dikeluarkan kemudiannya atas harta yang sama dibuat oleh Mahkamah itu atau mahkamah lain, perintah atau waran itu atau salinannya, boleh diserah kepada bailif yang merampas harta itu dan perintah itu hendaklah berkuatkuasa sebagai suatu tahanan bagi maksud Bahagian ini.

(2) Jika sesuatu harta itu tidak boleh diambil untuk penjagaan bailif atau mana-mana pegawai Mahkamah yang lain perintah tegahan atau dokumen yang sama bagi maksud melindungi kepentingan pemiutang penghakiman kemudiannya bolehlah diserahkan atau didaftarkan dan hendaklah berkuatkuasa menurut subseksyen (1).

(3) Jika harta itu dilepaskan daripada perintah terdahulu ia hendaklah dianggap sebagai telah ditahan dan dirampas di bawah perintah atau waran kemudiannya.

(4) Jika harta itu kekal di bawah perintah tahanan terdahulu dan tiada suatu perintah penjualan mengenainya telah dibuat dua bulan selepas tahanan itu, harta itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilepas daripada tahanan terdahulu dan subseksyen (3) hendaklah dipakai.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.