ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN III - BAITUL-MAL, ZAKAT DAN FITRAH DAN WAKAF
BAITUL-MAL



Seksyen 27. Penggunaan Baitul-Mal.

Baitul-Mal hendaklah dipakai:

(1) kepada harta pesaka orang-orang Islam yang mati yang bermustautin dalam Negeri sebelum atau kemudian daripada tarikh mula berjalan kuatkuasa Enakmen ini; dan

(2) kepada sebarang harta yang takalih dalam Negeri yang menjadi pesaka seseorang Islam yang mati sebelum atau kemudian daripada tarikh mula berjalan kuatkuasa Enakmen ini samaada dalam Negeri atau tidak atau samada bermastautin dalam negeri atau tidak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.